Monday, April 27, 2009

Kuliah 3 (02/05/09)

TEORI PERUBAHAN

Konsep perubahan dalam pendidikan:
Bidang pendidikan telah, sedang dan akan menjadi faktor paling utama untuk menyediakan manusia menghadapi cabaran masa hadapan. Perubahan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dalam bidang pendidikan.

Masalahnya, perubahan yang berlaku kadangkala mewujudkan ketidakpastian. Dalam pendidikan, ketidakpastian mesti dielakkan kerana jika berlaku ia akan meruntuhkan masa depan generasi muda.

Terdapat 4 jenis perubahan iaitu:
1) Perubahan ke arah peningkatan (Enhancement)
• berlakunya perubahan dalam struktur organisasi
• memperkenalkan teknologi baru
• mengadakan program pembangunan staf untuk tingkatkan komitmen dan produktiviti staf

2) Perubahan strategik organisasi
• mendefinisikan semula peranan organisasi
• perubahan nilai teras organisasi
• pembentukan semula misi
. perubahan struktur dan strategi organisasi
. mendefinisi semula staf dari segi tugas, peranan, tanggungjawab dan sistem ganjaran.

3) Perubahan reaktif (akibat tindakbalas langsung daripada pelanggan)
• kepekaan pelanggan dan stakeholders terhadap isu-isu persekitaran
• perubahan dari segi prosedur dan cara layanan pelanggan
cth: penilaian peperiksaan berdasarkan pemerhatian

4) Perubahan akibat daripada jangkaan
• perubahan dilakukan bukan disebabkan oleh desakan pelanggan tetapi kerana terdapatnya kesedaran dalam kalangan pengurusan yang perlu diadakan perubahan bagi memastikan organisasi memperoleh kebaikan kompetetif.
Antara sebab perubahan dilakukan:
1. persiapan menghadapi pesaing baru yang akan muncul.
2. persiapan terhadap kemungkinan berlakunya perubahan ke atas kehendak pelanggan.
3. penciptaan baru teknologi yang memerlukan organisasi berubah.
4. persiapan bagi menghadapi perubahan polisi kerajaan
5. perubahan dalam trend tenaga kerja.

Enam Dimensi Perubahan
1. Tujuan perubahan
- untuk mengadakan penambahbaikan terhadap sesuatu keadaan.
- Ia melibatkan 2 jenis pindaan:
• perubahan yang dibuat untuk kembali kepada keadaan asal yg diinginkan
• perubahan untuk mempertingkatkan pencapaian atau keadaan sistem tanpa mengubahnya- melibatkan pindaan yang drastik dalam aspek sesuatu sistem spt matlamat, kedudukan dan corak perhubungan sistem tersebut.

2. Unit perubahan
- merujuk kepada fokus utama sesuatu perubahan yang dirancang
- terdiri daripada:
• individu
• kumpulan
• jabatan
• organisasi
• sistem organisasi
• komuniti

3. Sifat perubahan
- mengubah seseorang individu mestilah dilakukan dengan usaha mengubah sikap, tingkah laku atau kedua-duanya sekali.

4. Magnitud perubahan
- merujuk kepada sejauhmana perubahan yang dirancangakan diimplimentasikan.
-istilah spt perubahan yg komprehensif, sistematik dan dalam skala yang besar sering dikaitkan dengan usaha-usaha untuk melakukan perubahan yang memberi impak yang besar.

5. Skop perubahan
- skop terhadap sejauhmana penambahbaikan atau inovasi dalam perubahan dapat ditentukan dengan menggunakan instrumen penilaian.

6. Jangkamasa perubahan
-Kottler (2001) dalam kajiannya mengenalpasti 3 jenis perubahan yang dilalui oleh pelanggannya:
• Perubahan yang berlaku secara spontan tidak memberi kesan yang mendalam. Sikap dan amalan seseorang itu akan kembali kepada asal setelah kesan perubahan itu luput.
• Perubahan minima dikecapi setelah melalui penentangan awal.
• Perubahan yang berterusan merupakan perubahan yang stabil dan kekal.

Model-Model Perubahan

1. Model Penggabungan Roger (1995)
-menurutnya, proses inovasi bermula apabila masalah atau keperluan telah dikenalpasti samada berdasarkan penyelidikan keadaan semasa, kerja makmal dan jangkaan pembangunan akan datang.
- apabila masalah telah dikenalpasti, penyelidik akan menyiasat permasalahan itu dan bagaimana ia akan diselesaikan. Fasa ini melibatkan eksperimen dan ciptaan yang banyak dan seterusnya menghasilkan inovasi.
-Roger mengakui bahawa inovasi tidak semestinya terhasil dari penyelidikan. Inovasi mungkin terhasil daripada amalan praktikal dimana pengamal mencari jawapan kepada permasalahan yang timbul. Perkara ini dikatakan sebagai "knowing-in-action" iaitu inovasi yang dihasilkan melalui pengamalan.

2. Model Kanter (1998)
- menurutnya, struktur dan inovasi boleh difahami dengan lebih baik jika proses inovasi dibahagi kepada 4 tugas utama iaitu:- penjanaan idea, membina idea, realisasi idea dan pemindahan idea.

3. Model Rand
- berasaskan kajian mengenai perubahan pendidikan oleh Rand Corpration (1973 - 1978) dengan sokongan Pejabat Pendidikan AS.
- tujuan utama kajian adalah untuk menentukan faktor yang menyebabkan atau menghalang perubahan pendidikan
- memandu ke arah pengumpulan data dan analisis
- menurut Berman & Mc Laughlin, proses perubahan di sekolah melibatkan 3 langkah iaitu :- daya usaha (initiation), implementasi dan penggabungan.

4. Model Acot
- projek Apple Classroom of Tomorrow (ACOT) kajian pengenalan komputer di dalam bilik darjah.
- pengkaji membuat kesimpulan bahawa kehendak perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran telah berkembang secara beransur-ansur.
- proses perubahan ini melibatkan 5 langkah:
• Kemasukan (Entry)
• Memilih (Adoption)
• Menyesuaikan (Adaptation)
• Penggunaan (Appropriation)
• Merekacipta (Invention)

Aktiviti Berkumpulan:
Mengapa orang menentang perubahan?

Nyatakan 8 sebab mengapa orang menentang perubahan dan bincangkan cara penyelesaiannya.

8 sebab:
1) melibatkan kos yang banyak
2) memerlukan banyak perubahan perancangan dan usaha
3) sudah selesa dengan keadaan yang sedia ada
4) perlu bermula daripada awal semula
5) ragu-ragu terhadap kesan perubahan
6) pengetahuan atau gambaran yang kabur
7) tidak yakin samaada perubahan akan berjaya atau tidak
8) sikap diri sendiri untuk tidak mengalami/mengelak perubahan


Cara penyelesaian:
1) Bersedia berkongsi dan menerima pendapat orang lain
2) Mengumpul data dan maklumat untuk meningkatkan pengetahuan terhadap sesuatu perubahan yang diperkenalkan
3) lebih bersikap terbuka

4) sediakan tools yang dapat membantu seperti pembimbing dan sebagainya

Ahli kumpulan: Norihan Mohamed Jasni, Ella Syafinaz, Hazwin Dalila Haris

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.