Friday, May 29, 2009

Kuliah 5 (25/05/09)

Pensyarah: Dr. Hajah Halimah Harun

Aktiviti 1 :
- Pelajar diminta mengeluarkan sehelai kertas kosong dan menjawab soalan-soalan berikut:

1. Biodata diri (nama, no.matrik, alamat tetap, status, bil. anak etc)

2. Mengapa memilih untuk menjadi seorang guru?

3. Siapa dan apakah ciri-ciri guru yang kamu disayangi?

4. Ciri-ciri guru yang tidak disukai?

5. Apakah tugas-tugas seorang guru?

- Pelajar kemudiannya diminta melukis sebatang pokok di kertas yang sama di bahagian yang masih kosong dan diminta menandatangani dan menulis tarikh lahir pada mana-mana bahagian pokok tersebut.

Aktiviti 2:Dengan berpasangan, pelajar diminta memberikan satu contoh kertas kajian tindakan yang dibentangkan di Seminar Pendidikan Serantau yang lepas. Perbincangan dijalankan di dalam kuliah bagi mengenalpasti ciri-ciri pengenalan bagi kertas kajian tindakan.

Aktiviti 3: Pelajar diminta membentuk satu kumpulan yang terdiri daripada 5 orang ahli yang berlainan pengkhususan, jantina dan kaum. Seterusnya, buat perbincangan dan sediakan satu proposal kajian tindakan dan hantar selewat-lewatnya pada 28/05/09.

Saturday, May 23, 2009

TUGASAN 2 Ulasan Artikel Jurnal

Journal 1:
An Action Research Exploration Integrating Student Choice and Arts Activities in a Sixth Grade Social Studies Classroom by Courtney Kosky and Reagan Curtis, West Virginia University

Journal 2:
Action Research in Language Teacher Education by Christine Thorne and Wang Qiang

Journal 3:
Making Teacher Education More Democratic: Incorporating Student Voice and Choice, Part Two by Kristan A.Morrison


Ulasan Artikel Journal

Thursday, May 21, 2009

TUGASAN 1 Ulasan Buku

Tajuk buku: All You Need To Know About Action Research (1st Ed)
Penulis: Jean McNiff and Jack Whitehead
Tempat terbitan: London
Tahun terbitan: 2006
Publisher: Sage Publications

1. Konsep Kajian Tindakan
Kajian tindakan merupakan suatu bentuk kajian dimana pengamal menghasilkan idea baru tentang bagaimana menambahbaik amalannya, dan menggunakan idea-idea ini sebagai teori yang diamalkannya. Dalam erti kata lain, ia merupakan satu bentuk kajian yang membolehkan pengamal mengkaji untuk meningkatkan amalannya,samada secara individu atau secara kolektif.

2. Mengapa guru perlu buat kajian tindakan
· Untuk meningkatkan proses pembelajaran, dalam usaha penambahbaikan amalan pengajaran.
· Dapat menambahkan pengetahuan dan teori pengamal tentang bagaimana sesuatu perkara dapat dilakukan dengan lebih baik dan kenapa. Semua kajian bermatlamat untuk menjana pengetahuan dan membina teori baru.

3. Rekabentuk kajian tindakan
· Model


Model yang dapat dilihat dalam buku ini ialah action-reflection cycle. Kitaran ini akan berterusan sehinggalah pengamal berpuas hati dengan apa yang dikajinya itu.
· Sampel
Sampel merujuk kepada individu (participants) yang terlibat.
· Setting
Merujuk kepada tempat dan sekeliling dimana kajian dijalankan. Contohnya bilik darjah, sekolah, pejabat dan sebagainya.

4. Prosedur kajian tindakan
Kajian Tindakan merupakan satu proses yang sistematik dan berterusan. Langkah-langkah yang terlibat adalah:
· membuat penilaian tentang apa yang berlaku.
· mengenalpasti apa yang ingin dikaji.
· merancang langkah yang perlu diambil.
· melaksanakan apa yang dirancang.
· memantau tindakan dengan menggabungkan data untuk melihat apa yang berlaku.
· menilai perkembangan dan lakukan penilaian tentang apa yang berlaku.
· menguji kesahan data yang diperolehi.
· melakukan penambahbaikan sekiranya perlu.
· mengulangi langkah-langkah di atas sehingga keadaan yang dikehendaki diperolehi.

5. Pengumpulan dan penganalisaan data
· Pastikan samada data yang dikumpul adalah berbentuk kualitatif atau kuantitatif. Seterusnya, tentukan teknik pengumpulan data yang ingin digunakan. Dalam mengumpul data, terdapat 3 perkara yang akan timbul iaitu data apakah yang dicari, dimana dan bagaimana mendapatkan data diperolehi. Untuk menjawab persoalan-persoalan ini, kembalilah kepada matlamat asal kajian yang dibuat.
· Antara teknik yang disyorkan didalam buku ini untuk merekod dan mengumpul data adalah menggunakan nota lapangan, rekod lampiran dan jadual pemantauan, rekod bertulis, diari dan rekod peribadi, soal jawab, tinjauan dan temubual, video dan lain-lain.
· Setelah semua data dikumpulkan, ia perlulah dianalisa bagi menghasilkan bukti hasil kajian.

6. Kebolehpercayaan dan kesahan kajian tindakan (reliability & validity)
· Selepas bukti diperolehi, kesahan perlu dilakukan. Kesahan (validity) merujuk kepada membuktikan kebenaran nilai yang diberitahu, ketulenan atau kebolehpercayaan kajian. Ini melibatkan ketelitian dan berhati-hati dalam prosedur methodologi.
· Untuk menjalankan kesahan, cara kritik (critique)digunakan. Pertama, pilih beberapa pengkritik samada rakan kritik atau kumpulan validasi. Setelah dikenalpasti, jemput mereka sebagai pengkritik. Terangkan dengan jelas apa yang sedang dilakukan. Mereka perlulah sentiasa terlibat dalam kajian tersebut, tahu kajian apa yang sedang dibuat, melihat data-data yang dikumpul, dan membuat pertimbang dalam aspek kontekstual dan koheren dalaman. Kesemua ini merupakan perkara yang perlu mereka tahu dalam langkah memberikan maklumbalas kritik.
· Melalui kritik yang diberikan, pengamal boleh mengenalpasti perkara atau apa-apa yang mungkin telah terlepas pandang olehnya, dan dapat membantunya mencari petunjuk baru. Mereka juga membantu pengamal mengenalpasti samada telah berlaku peluasan pemikirannya dan pembinaan wawasan baru, atau adakah kajian hanya dilakukan untuk menilai dan meneruskan andaian sedia ada.

7. Etika kajian tindakan
1. Rundingan dan akses keselamatan (Negotiable and Security Access)
Sebelum memulakan sesuatu kajian, perbincangan dan meminta kebenaran untuk melaksanakan kajian perlu dilakukan. Ini melibatkan memohon kebenaran secara bersurat (formal). Ia merupakan perkara yang amat penting kerana bukan sahaja melibatkan isu budi bahasa dan sopan, tetapi untuk mengelakkan perkara melibatkan litigasi (tindakan mahkamah)di masa hadapan.
2. Melindungi pihak yang terlibat (Protecting your participants)
Pastikan nama atau sebarang identiti peserta kajian tidak didedahkan, melainkan mereka membenarkannya. Begitu juga tentang lokasi kajian. Lakukan perjanjian bahawa pengamal tidak akan membocorkan sebarang maklumat melainkan dibenarkan oleh peserta dan pengamal mestilah mengotakan janji itu.
3. Memberikan keyakinan dan kepercayaan (Assuring good faith)
Kotakan apa yang dijanji. Ini bermaksud pengamal hendaklah sentiasa berlaku jujur setiap masa. Matlamatnya untuk membentuk reputasi bagi integriti, dan perlindungan. Seseorang itu akan lebih bersedia untuk bekerjasama dengan orang yang mereka percayai.

8. Penilaian keseluruhan terhadap buku ini
Secara keseluruhannya, buku ini dapat membantu saya lebih memahami apakah Kajian Tindakan (Action Research). Buku ini telah mengulas tentang bagaimana mengenalpasti soalan-soalan kajian, membuat rancang tindakan, menggunakan methodologi yang sesuai, dan sebagainya. Terdapat banyak contoh-contoh kajian tindakan yang diselitkan dalam buku ini. Buku ini patut dijadikan rujukan kerana banyak penerangan dan maklumat yang dapat membantu terutamanya golongan yang baru berkecimpung dalam dunia perguruan untuk memahami konsep dan apakah itu Kajian Tindakan.

Wednesday, May 20, 2009

Laporan Pencatat Seminar Pendidikan Serantau

LAPORAN PENCATAT SESI PEMBENTANGAN

SEMINAR PENDIDIKAN SERANTAU KE-4

TAJUK PEMBENTANGAN

Pembelajaran Matematika Yang Diawali Dengan Pemberian Soal Cerita (Untuk Meningkatkan Hasil Belajar Matematika Siswa Kelas V-A SDN 004 Rumbai, Pekanbaru

NAMA PEMBENTANG

Zulkarnain

SESI SELARI/ POSTER

Sesi selari 4B4

TEMA

TARIKH/ HARI

20-05-2009 / Rabu

MASA

3.15-3.30 petang

BILIK/TEMPAT

Bilik Merbau

PENGERUSI

En. Jamalullail Abdul Wahab

PENCATAT

Norihan Mohamed Jasni

INTISARI PEMBENTANGAN:

1. Pengenalan:

Pembelajaran matematika dianggap sukar disebabkan oleh faktor-faktor edukatif yang belum dilaksanakan secara tepat dimana pembelajaran selama ini cenderung bersifat sekadar memindahkan ilmu pengetahuan saja, dimana guru hanya mengajar materi pelajaran menurut urutan yang ada di dalam buku tanpa adanya kreativi guru mengatur pemberian materi pelajaran.

Pemberian soal cerita merupakan suatu upaya mencapai tujuan pengajaran matematika yang bersifat formal dan material. Tujuan yang bersifat formal berfokus pada pembentukan cara berfikir siswa dan pembentukan sikap peribadi. Manakala tujuan bersifat material pula berfokus kepada (1) penguasaan bahan matematika, (2) penggunaan dan penerapan matematika, dan (3) keterampilan.

2. Rumusan masalah:

(1) Apakah pembelajaran yang diawali dengan pemberian soal cerita dapat meningkatkan hasil belajar matematika siswa kelas V-A SDN 004 Rumbai Pekanbaru?

(2) Adakah terdapat perbedaan sikap siswa terhadap Matematika sebelum dan setelah pembelajaran matematika yang diawali dengan pemberian soal cerita?

3. Bentuk penyelidikan:

Menggunakan desain penelitian tindakan kolaboratif secara berterusan di dalam kelas selama tiga siklus. Pengambilan data dilakukan dengan cara melakukan pengamatan selama tindakan dilaksanakan, dan memberikan ujian pra dan pos hasil belajar setiap siklus, dan pemberian angket sikap sebelum dan sesudah penelitian tindakan. Analisis deskriptif digunakan. Hasil pencapaian siswa dianalisis menggunakan SPSS12.

4. Dapatan kajian:

(1) Terdapat peningkatan hasil pelajar.

(2) Terdapat perubahan positif sikap pelajar terhadap matematika.

INTISARI PERBINCANGAN (SOAL-JAWAB)

1. Penyoal : En. Jamalullail

Soalan : Adakah kajian ini melibatkan kumpulan kawalan?

Jawapan : Tidak. Kajian ini merupakan action research.

CADANGAN:

1. Pembentang mencadangkan kaedah pembelajaran matematika diawali pemberian soal cerita ini digunakan di sekolah rendah di Indonesia dan Malaysia.

Wednesday, May 13, 2009

Kuliah 4 (11/05/09)

KAJIAN KEPUSTAKAAN / TINJAUAN LITERATURE

Kajian kepustakaan
- sorotan ke atas bahan-bahan literature seperti buku, jurnal dan lain-lain.
- dilakukan secara kritikal ke atas point-point yang dikemukakan.
- memerlukan kemahiran berfikir.
- melibatkan 5 langkah/proses:-
1. Membandingkan dan membezakan
2. Menganalisis
3. Menilai
4. Membuat kesimpulan
5. Mensintesis