Model Rekabentuk Kajian Stephen Kemmis (1983)
- Kajian Tindakan merupakan suatu proses yang berterusan dimana penambahbaikan akan terus berlaku sehinggalah keadaan yang diinginkan berjaya diperolehi.
Aktiviti 1: Individu
Selepas mengikuti Program Bina Insan Guru, sila refleksi masalah-masalah dalam diri anda.
Masalah 1: Pengurusan masa
Pelan tindakan:-
1. Matlamat: Dapat menguruskan masa dengan cekap.
2. Objektif: Tiba dan berada pada tempat kuliah yang sepatutnya pada masa yang tepat (10 minit sebelum kuliah).
3. Pengumpulan data: Diri sendiri dan rakan sebilik akan merekod ketepatan ke kuliah dalam tempoh sebulan. Sekiranya menepati, dapat 1 point, sekiranya tidak, 0 point (rekod).
4. Pemantauan: Diri sendiri dan rakan sebilik akan memantau setiap kali ke kelas pada masa yang tepat.
5. Penilaian: Sekiranya lebih dari 90% daripada ketepatan ke keseluruhan kelas diperolehi, dikira tercapai. Sekiranya keadaan sebaliknya, kaji semula masalah yang timbul. Buat perubahan dalam pendekatan yang digunakan.
Aktiviti 2: Kumpulan
Bentukkan satu kumpulan yang terdiri daripada 3 orang daripada bidang yang sama.
Setiap kumpulan mesti ada:
1) Ketua
2) Pencatat
3) Pembentang
-Semasa mengikuti kursus kaedah mengajar:
a) Refleksi ke atas masalah/penambahbaikan dalam P&P sesuatu tajuk
b) Cadangkan satu strategi/kaedah pengajaran untuk mengatasi masalah tersebut.
Tajuk: Reproduction (Biologi)
Masalah:
-Guru sukar untuk menerangkan secara mendalam kerana kurang penguasaan bahasa Inggeris. Masalah penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar juga sedikit sebanyak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran kerana mereka agak sukar faham apa yang diterangkan oleh guru.
- Pelajar susah untuk faham setiap pengajaran yang diajar kerana sesetengah guru tidak dapat memberikan gambaran yang jelas untuk menerangkan proses yang terlibat. Penerangan agak terhad disebabkan guru risau dan rasa malu apabila menyentuh hal berkaitan organ reproduksi dan fungsinya.
- Tajuk yang agak panjang dan memerlukan pelajar menghafal.
Strategi untuk penambahbaikan:
- Guru melakukan kaedah visual supaya pelajar mudah faham. Ini kerana kaedah visual lebih memberi kesan terhadap ingatan pelajar kerana terdapat gambar yang memudahkan pelajar untuk mengingati setiap proses yang terlibat.
- Guru harus membuat persiapan yang teliti dan menggunakan bahasa Inggeris yang betul dari segi penyebutan dan tahu untuk menerangkan isi kandungan pembelajaran.
- Perbanyakkan aktiviti yang memerlukan pelajar membuat perbincangan dan bertukar pendapat.
- Guru harus menyediakan model seperti model organ sistem pembiakan supaya pelajar boleh mengaitkannya dengan kehidupan seharian dan para pelajar akan lebih faham.
Ahli kumpulan: Norihan Mohamed Jasni, Ella Syafinaz Safian, Hazwin Dalila Haris
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.