Monday, April 27, 2009

Kuliah 3 (02/05/09)

TEORI PERUBAHAN

Konsep perubahan dalam pendidikan:
Bidang pendidikan telah, sedang dan akan menjadi faktor paling utama untuk menyediakan manusia menghadapi cabaran masa hadapan. Perubahan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dalam bidang pendidikan.

Masalahnya, perubahan yang berlaku kadangkala mewujudkan ketidakpastian. Dalam pendidikan, ketidakpastian mesti dielakkan kerana jika berlaku ia akan meruntuhkan masa depan generasi muda.

Terdapat 4 jenis perubahan iaitu:
1) Perubahan ke arah peningkatan (Enhancement)
• berlakunya perubahan dalam struktur organisasi
• memperkenalkan teknologi baru
• mengadakan program pembangunan staf untuk tingkatkan komitmen dan produktiviti staf

2) Perubahan strategik organisasi
• mendefinisikan semula peranan organisasi
• perubahan nilai teras organisasi
• pembentukan semula misi
. perubahan struktur dan strategi organisasi
. mendefinisi semula staf dari segi tugas, peranan, tanggungjawab dan sistem ganjaran.

3) Perubahan reaktif (akibat tindakbalas langsung daripada pelanggan)
• kepekaan pelanggan dan stakeholders terhadap isu-isu persekitaran
• perubahan dari segi prosedur dan cara layanan pelanggan
cth: penilaian peperiksaan berdasarkan pemerhatian

4) Perubahan akibat daripada jangkaan
• perubahan dilakukan bukan disebabkan oleh desakan pelanggan tetapi kerana terdapatnya kesedaran dalam kalangan pengurusan yang perlu diadakan perubahan bagi memastikan organisasi memperoleh kebaikan kompetetif.
Antara sebab perubahan dilakukan:
1. persiapan menghadapi pesaing baru yang akan muncul.
2. persiapan terhadap kemungkinan berlakunya perubahan ke atas kehendak pelanggan.
3. penciptaan baru teknologi yang memerlukan organisasi berubah.
4. persiapan bagi menghadapi perubahan polisi kerajaan
5. perubahan dalam trend tenaga kerja.

Enam Dimensi Perubahan
1. Tujuan perubahan
- untuk mengadakan penambahbaikan terhadap sesuatu keadaan.
- Ia melibatkan 2 jenis pindaan:
• perubahan yang dibuat untuk kembali kepada keadaan asal yg diinginkan
• perubahan untuk mempertingkatkan pencapaian atau keadaan sistem tanpa mengubahnya- melibatkan pindaan yang drastik dalam aspek sesuatu sistem spt matlamat, kedudukan dan corak perhubungan sistem tersebut.

2. Unit perubahan
- merujuk kepada fokus utama sesuatu perubahan yang dirancang
- terdiri daripada:
• individu
• kumpulan
• jabatan
• organisasi
• sistem organisasi
• komuniti

3. Sifat perubahan
- mengubah seseorang individu mestilah dilakukan dengan usaha mengubah sikap, tingkah laku atau kedua-duanya sekali.

4. Magnitud perubahan
- merujuk kepada sejauhmana perubahan yang dirancangakan diimplimentasikan.
-istilah spt perubahan yg komprehensif, sistematik dan dalam skala yang besar sering dikaitkan dengan usaha-usaha untuk melakukan perubahan yang memberi impak yang besar.

5. Skop perubahan
- skop terhadap sejauhmana penambahbaikan atau inovasi dalam perubahan dapat ditentukan dengan menggunakan instrumen penilaian.

6. Jangkamasa perubahan
-Kottler (2001) dalam kajiannya mengenalpasti 3 jenis perubahan yang dilalui oleh pelanggannya:
• Perubahan yang berlaku secara spontan tidak memberi kesan yang mendalam. Sikap dan amalan seseorang itu akan kembali kepada asal setelah kesan perubahan itu luput.
• Perubahan minima dikecapi setelah melalui penentangan awal.
• Perubahan yang berterusan merupakan perubahan yang stabil dan kekal.

Model-Model Perubahan

1. Model Penggabungan Roger (1995)
-menurutnya, proses inovasi bermula apabila masalah atau keperluan telah dikenalpasti samada berdasarkan penyelidikan keadaan semasa, kerja makmal dan jangkaan pembangunan akan datang.
- apabila masalah telah dikenalpasti, penyelidik akan menyiasat permasalahan itu dan bagaimana ia akan diselesaikan. Fasa ini melibatkan eksperimen dan ciptaan yang banyak dan seterusnya menghasilkan inovasi.
-Roger mengakui bahawa inovasi tidak semestinya terhasil dari penyelidikan. Inovasi mungkin terhasil daripada amalan praktikal dimana pengamal mencari jawapan kepada permasalahan yang timbul. Perkara ini dikatakan sebagai "knowing-in-action" iaitu inovasi yang dihasilkan melalui pengamalan.

2. Model Kanter (1998)
- menurutnya, struktur dan inovasi boleh difahami dengan lebih baik jika proses inovasi dibahagi kepada 4 tugas utama iaitu:- penjanaan idea, membina idea, realisasi idea dan pemindahan idea.

3. Model Rand
- berasaskan kajian mengenai perubahan pendidikan oleh Rand Corpration (1973 - 1978) dengan sokongan Pejabat Pendidikan AS.
- tujuan utama kajian adalah untuk menentukan faktor yang menyebabkan atau menghalang perubahan pendidikan
- memandu ke arah pengumpulan data dan analisis
- menurut Berman & Mc Laughlin, proses perubahan di sekolah melibatkan 3 langkah iaitu :- daya usaha (initiation), implementasi dan penggabungan.

4. Model Acot
- projek Apple Classroom of Tomorrow (ACOT) kajian pengenalan komputer di dalam bilik darjah.
- pengkaji membuat kesimpulan bahawa kehendak perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran telah berkembang secara beransur-ansur.
- proses perubahan ini melibatkan 5 langkah:
• Kemasukan (Entry)
• Memilih (Adoption)
• Menyesuaikan (Adaptation)
• Penggunaan (Appropriation)
• Merekacipta (Invention)

Aktiviti Berkumpulan:
Mengapa orang menentang perubahan?

Nyatakan 8 sebab mengapa orang menentang perubahan dan bincangkan cara penyelesaiannya.

8 sebab:
1) melibatkan kos yang banyak
2) memerlukan banyak perubahan perancangan dan usaha
3) sudah selesa dengan keadaan yang sedia ada
4) perlu bermula daripada awal semula
5) ragu-ragu terhadap kesan perubahan
6) pengetahuan atau gambaran yang kabur
7) tidak yakin samaada perubahan akan berjaya atau tidak
8) sikap diri sendiri untuk tidak mengalami/mengelak perubahan


Cara penyelesaian:
1) Bersedia berkongsi dan menerima pendapat orang lain
2) Mengumpul data dan maklumat untuk meningkatkan pengetahuan terhadap sesuatu perubahan yang diperkenalkan
3) lebih bersikap terbuka

4) sediakan tools yang dapat membantu seperti pembimbing dan sebagainya

Ahli kumpulan: Norihan Mohamed Jasni, Ella Syafinaz, Hazwin Dalila Haris

Kuliah 1 (20/04/09)

PENGENALAN KAJIAN TINDAKAN











Definisi bagi Kajian / Penyelidikan @ Penelitian (bagi Indonesia):
Satu proses langkah-langkah yang dilakukan untuk mengumpul dan menganalisis data untuk mendapat dan meningkatkan kefahaman ke atas sesuatu topik atau isu.






Proses kajian (umum):

Masalah dikenalpasti <-> Kajian kepustakaan -> Tentukan pendekatan kajian -> Kumpul dan analisis data -> Bincangkan dapatan dan implikasi kerja -> Laporkan kajian

Kepentingan kajian tindakan dalam pendidikan:

1. Menambah pengetahuan (dapat memperkembangkan pengetahuan sedia ada, meluaskan perspektif, memberitahu sesuatu amalan dengan mengembangkan idea baru, kaji jurang-jurang dalam sesuatu bidang, replikasi suatu kajian lepas dengan menguji pada situasi/sample berlainan)
2. Penambahbaikan amalan (praktis)
3. Mendebatkan sesuatu polisi
4. Membina kemahiran melakukan penyelidikan
5. Guru dapat meneliti/menyelidik/mengkaji secara sistematik ke atas suatu amalan bagi tujuan penambahbaikan (bagaimana sesuatu kemahiran, teknik, strategi dapat dipertingkatkan dan memberi impak kepada pelajar) dan perkembangan personal.

Kajian Tindakan: Koshy (2005)
-Melibatkan kajian terhadap amalan sendiri
-Melibatkan penyertaan
-Membina teori daripada praktis
-Berasaskan situasi
-Sangat berguna dalam penyelesaian masalah sebenar berhadapan dengan individu atau kumpulan bertujuan membaiki praktis.
-Berkenaan penambahbaikan.
-Melibatkan analisis, refleksi dan penilaian.
-Membimbing perubahan melalui inkuiri.

Jenis-jenis kajian tindakan
1. Individu
- fokus kepada isu dalam bilik darjah
- cth: dapatkan penyelesaian dengan pengurusan bilik darjah, strategi pengajaran, pembelajaran pelajar
2. Kolaboratif
- melibatkan lebih daripada 2 orang, samada guru-guru dalam bidang yang sama atau dalam pelbagai subjek atau dengan pihak luar seperti pensyarah universiti.
- fokus kepada satu isu dalam satu bilik darjah atau masalah yang sama dalam bilik darjah yang berlainan.
3. Peringkat sekolah (organisasi)
- fokus kepada satu isu yang sama di dalam sekolah.
- cth: meningkatkan keberkesanan PIBG.
4. Peringkat daerah

AKTIVITI DALAM KELAS
Contoh kajian tindakan dalam kelas yang boleh dilakukan.
Kajian tindakan tentang bagaimana masalah pembelajaran pelajaran Biologi dalam bilik darjah dapat diatasi.

Kuliah 2 (27/04/09)

REKABENTUK KAJIAN TINDAKAN

Dalam kajian tindakan, terdapat 4 langkah utama yang terlibat iaitu:

1. Rancang --> 2. Tindakan --> 3. Pemerhatian --> 4. Refleksi

Bagi projek akademik dan penulisan artikel ilmiah:

Bab 1 dan 2: Kajian kepustakaan (Rancang) --> Bab 3: Pengumpulan data (Refleksi) --> Bab 4: Analisis data (Pemerhatian) --> Bab 5: Sumbangan kepada bidang pengetahuan (Tindakan)

Action Research Protocol after Kemmis:


Model Rekabentuk Kajian Stephen Kemmis (1983)

- Kajian Tindakan merupakan suatu proses yang berterusan dimana penambahbaikan akan terus berlaku sehinggalah keadaan yang diinginkan berjaya diperolehi.

Aktiviti 1: Individu

Selepas mengikuti Program Bina Insan Guru, sila refleksi masalah-masalah dalam diri anda.

Masalah 1: Pengurusan masa

Pelan tindakan:-

1. Matlamat: Dapat menguruskan masa dengan cekap.

2. Objektif: Tiba dan berada pada tempat kuliah yang sepatutnya pada masa yang tepat (10 minit sebelum kuliah).

3. Pengumpulan data: Diri sendiri dan rakan sebilik akan merekod ketepatan ke kuliah dalam tempoh sebulan. Sekiranya menepati, dapat 1 point, sekiranya tidak, 0 point (rekod).

4. Pemantauan: Diri sendiri dan rakan sebilik akan memantau setiap kali ke kelas pada masa yang tepat.

5. Penilaian: Sekiranya lebih dari 90% daripada ketepatan ke keseluruhan kelas diperolehi, dikira tercapai. Sekiranya keadaan sebaliknya, kaji semula masalah yang timbul. Buat perubahan dalam pendekatan yang digunakan.

Aktiviti 2: Kumpulan

Bentukkan satu kumpulan yang terdiri daripada 3 orang daripada bidang yang sama.

Setiap kumpulan mesti ada:
1) Ketua
2) Pencatat
3) Pembentang

-Semasa mengikuti kursus kaedah mengajar:
a) Refleksi ke atas masalah/penambahbaikan dalam P&P sesuatu tajuk
b) Cadangkan satu strategi/kaedah pengajaran untuk mengatasi masalah tersebut.

Tajuk: Reproduction (Biologi)

Masalah:

-Guru sukar untuk menerangkan secara mendalam kerana kurang penguasaan bahasa Inggeris. Masalah penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar juga sedikit sebanyak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran kerana mereka agak sukar faham apa yang diterangkan oleh guru.
- Pelajar susah untuk faham setiap pengajaran yang diajar kerana sesetengah guru tidak dapat memberikan gambaran yang jelas untuk menerangkan proses yang terlibat. P
enerangan agak terhad disebabkan guru risau dan rasa malu apabila menyentuh hal berkaitan organ reproduksi dan fungsinya.
- Tajuk yang agak panjang dan memerlukan pelajar menghafal.

Strategi untuk penambahbaikan:

- Guru melakukan kaedah visual supaya pelajar mudah faham. Ini kerana kaedah visual lebih memberi kesan terhadap ingatan pelajar kerana terdapat gambar yang memudahkan pelajar untuk mengingati setiap proses yang terlibat.
- Guru harus membuat persiapan yang teliti dan menggunakan bahasa Inggeris yang betul dari segi penyebutan dan tahu untuk menerangkan isi kandungan pembelajaran.
- Perbanyakkan aktiviti yang memerlukan pelajar membuat perbincangan dan bertukar pendapat.
- Guru harus menyediakan model seperti model organ sistem pembiakan supaya pelajar boleh mengaitkannya dengan kehidupan seharian dan para pelajar akan lebih faham.

Ahli kumpulan: Norihan Mohamed Jasni, Ella Syafinaz Safian, Hazwin Dalila Haris

Taburan Penilaian Kursus

TABURAN PENILAIAN GB5023

Tugasan 1: ulasan buku kajian tindakan (individu): Tarikh akhir: 25 Mei 2009 (10%)
 Dapatkan 1 buku dalam bahasa Inggeris tentang kajian tindakan
 Sila ulas buku
o Reka bentuk kajian tindakan
o Pengumpulan dan penganalisisan data
o Laporkan dalam blog individu

Tugasan 2: Ulasan dan Analisis Artikel Jurnal kajian tindakan (Individu) Tarikh Akhir: 25 Mei (10%)
 Dapatkan 3 artikel jurnal luar negara yang memerihalkan kajian tindakan yang telah dilakukan dalam pendidikan.
 Lakukan perbandingan (persamaan dan perbezaan) dari segi prosedur kajian tindakan yang dilakukan dan laporkan dalam blog individu
 Upload semua artikel dalam yahoogroups
http://groups.yahoo.com/group/gb5023-jan09/

Tugasan 3: Laporan Artikel Seminar (5%)
 Seminar Pendidikan Serantau (penyertaan dan laporan dihantar semasa seminar)
 Seminar Penyelidikan Siswazah Kebangsaan (penyertaan)

Projek mini kajian tindakan A (berpasukan) : Tarikh akhir: 29 Jun 2009 dan 6 Julai 2009 (15%)
 lakukan satu kajian tindakan kolaboratif dalam kelas pengajaran mikro dan makro
 laporkan dalam bentuk artikel kertas seminar dan dibentangkan pada minggu ke 11 dan 12

Projek kajian tindakan kolaboratif B (berpasukan) (30%)
 lakukan satu kajian tindakan kolaboratif di sekolah semasa latihan mengajar.
 laporkan dalam bentuk artikel kertas seminar dan dibentangkan pada Kolokium DPLI 2009 (30-31 oktober)
Peperiksaan (30%)